28.3.12

060 Tutorial Satin Pomander Ball

assalamualaikum..

seperti yang aku pernah janji dlu..
arini aku kotakan..
aku nk bg tutorial sal satin pomander ball..
yg aku DIY sendiri masa bertunang aritu..

1. Sediakan barang-barang seperti kain satin (warna ikut sedap korg), polisterin bulat (ikut size yg korg nak), jarum yang berkepala (kalu buleh cari warna yg kontra dgn kain satin), lilin, gunting, template bulat 3 saiz (ikut suke korg, jgn besar sangat), riben

*sori yg ni xde gambar.

2. Potong kain satin tersebut mengikut saiz template korg banyak2.Ingat 3 saiz yang berbeza. Then, balut polisterin bulat dengan riben yang sama warna dengan satin tersebut. 


3. Then, layurkan satin yang telah dipotong bulat tadi. Susun satin berlainan size seperti kelopak bunga..
Yang bawak sekali saiz besar, sederhana dan atas kecik.


4. Cucuk ketiga-tiga kelopak tu dengan jarum berkepala and then cucuk keatas polisterin bulat. Susun ikut citarasa anda. Jarang-jarang pon tak apa.Sebab polisterin bulat tu dah balut dengan riben. Lagi cantek rapat2 nanti nmpk lg gebu..hehe..

5. Then, gamkan riben untuk di gantung.


TADAA..SIAP..

*perlukan kesabaran yang tinggi..tp bila dah siap sangat puas hati..
hilang penat bila ramai yang puji..

Canteknyer.. senyum sampai ke telinga..

ada ke yg nak tempah?
hehe..

selamat mencuba..

2 si cantik:

Asfiza said...

cantik.. :)
tak payah susah2 beli bunga dan cucuk kat bola kabus tu.. :)

mizzbudget said...

tq as..wlpn perlukan kesabaran yg tinggi tp puas hati..

There was an error in this gadget
 

Blog Template by YummyLolly.com